Kali ini pelakon terkenal , Adi Putra tampil membuat pengakuan bahawa dia tidak mengenali wanita yang bernama Aida. Adi Putra juga menafikan dia menghantar gambar lucah kepada wanita terbabit. Lagikan katanya , dia sedang berada di tanah suci. Mana mungkin dia melakukan perkara tersebut. justeru, harap perkara ini dapat diselelsaikan dengan seberapa segera. Kebanaran akan memihak kepada mereka yang baik.
Kenyataan akhbar Kosmo:
Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.
Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.
"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
0 Comments:
Post a Comment