New Delhi: Lebih 200 bahasa lenyap di India sejak 50 tahun lalu, kata
satu kajian baru, yang turut menyalahkan perpindahan ke bandar dan
ketakutan di kalangan puak nomad untuk bercakap bahasa ibunda mereka.
Kajian dijalankan di seluruh negara sejak empat tahun lalu dan
dikeluarkan minggu ini, mendapati 230 bahasa ‘lenyap’ sementara tambahan
870 terselamat dalam ujian masa di negara kaya dengan kepelbagaian dan
kepesatan moden, menempatkan sejumlah besar penduduk asli dan puak.
Ganesh Devy, yang mengetuai tinjauan itu, berkata 480 bahasa puak
antara yang masih dipertuturkan di India, manakala bahasa Hindi dan
Inggeris mengukuhkan cengkaman dalam dunia mudah alih dan saling
berhubungan.
“Saya bimbang dan cemas bahawa sejumlah besar bahasa berkurangan secara mendadak di India,” kata Devy, penulis dan pengasas Bhasha Trust tanpa kepentingan, yang berjuang memulihara bahasa, kepada AFP.
Pasukan Devy terdiri daripada 3,000 sukarelawan di seluruh India, melawat masyarakat di kebanyakan bahagian terpencil negara dengan 1.2 bilion penduduk itu, untuk mengkaji dan mendokumen bahasa yang masih dipertuturkan dan ditulis pada hari ini.
Pasukan itu meneliti bukti kewujudan bahasa seperti penggunaan lagu rakyat dan kisah dalam bahasa asal mereka selain istilah digunakan untuk persekitaran geografi.
Pasukan itu membandingkan penemuan mereka dengan keputusan satu bancian kerajaan dijalankan pada 1961 yang menyatakan kira-kira 1,100 bahasa wujud di seluruh negara. Lima kajian pertama daripada kira-kira 50 kajian terperinci Tinjauan Bahasa Rakyat India akan didedahkan di sini hari ini.
AFP
Sumber: Berita Harian
0 Comments:
Post a Comment