Hari ini remaja bukan sahaja mendapat pelbagai kemudahan dan kepercayaan ibu bapa. Jika hendak apa sekali pun, ibu bapa sanggup beli asalkan belajar. Justeru, kesusahan ibu bapa langsung tidak dihargai. Melihat kejadian yang menimpa sepasang remaja ditahan pihak polis pada pukul 3.00 pagi di Taman Tasek
Kulim, adalah sesuatu yang mendukacitakan. Pasangan remaja terbabit merupakan pelajar IPTA . Ditahan pada pukul 3.00 pagi dengan alasan berbincang pasal pelajaran. Agak-agak pelajaran apa yang mereka bincangkan pada pukul 3.00 pagi. Kalau suami isteri pada ketika itu berbincang bagaimana nak mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan. Tetapi, pasangan ini mungkin ghairah sehingga hilang pertimbangan. Lelaki dengan seluar terlondeh manakala perempuan pembaca boleh bayangkan apa yang terlondeh. Jika lelaki mengatakan keluarga mereka sudah tahu, kahwin sahaja mereka. Jika tidak nanti, rugi kepada lelaki diluar sana dan perempuan agaknya kurang rugi. Kenapa lelaki lebih rugi kerana mendapat buah kelapa yang sememangnya sudah disentuh dan dipegang oleh orang lain. Mana mungkin, buah tidak dipegang jika waktu makan pukul 8.00 malam, dimakanya pada pukul 3.00 pagi. Justeru, para remaja sekalian, sabarlah dan habiskan dahulu pengajian. Selepas itu, berkahwin dan lakukanlah apa sahaja yang anda ingin lakukan. Dalam apa sekalipun tidak mengapa kerana sudah halal bagi anda.
kenyataan akhbar mengenai pasangan remaja ditahan sedang bermadu kasih:
KULIM - 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.'
Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini.
Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis
Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman
berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.Baca seterusnya...
0 Comments:
Post a Comment