Thursday, 22 August 2013

Memo Bank Negara Berkenaan Pinjaman Kereta Palsu


Bank Negara Malaysia hari ini menafikan mengeluarkan  memo berkenaan pengurangan tahun bayaran pinjaman kereta. Penulis juga menerima mesej tentang pengurangan jumlah tempoh bayaran tersebut. Saipakah yang mengeluarkan  memo itu sehingga tersebar di seluruh negara. Man-mana pembeli yang ingin membeli kereta terpaksa menangguh dahulu kerana memo tersebut. Makanya kita sebagai pembeli harus semak dahulu dengan Bank Negara  Malaysia.


Kenyataan akhbar berkenaan penafian Bank Negara Malaysia:

SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan telah mengarahkan bank-bank mengurangkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman kereta untuk tempoh maksimum tujuh tahun.
 
 
Selain itu, BNM turut menafikan arahan untuk meningkatkan nilai wang pendahuluan 20 peratus daripada 10 peratus. Laporan Bisnes Times dipetik, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin yang tidak disahkan itu.
 
 
"Kami telah tidak pernah memberikan apa-apa arahan kepada mana-mana bank. "Terma pembiayaan semasa dan syarat-syarat tempoh pembiayaan maksimum adalah tidak lebih daripada sembilan tahun di bawah Garis Panduan Pemberian Pinjaman juga masih tidak berubah," kata jurucakap BNM
 
 
Sebelum ini, laporan di media-media sosial dan blog mendakwa bank-bank telah dikeluarkan memo untuk mengurangkan tempoh pembiayaan dan pendahuluan untuk pembelian kereta baru berkuatkuasa September.
 
Justeru, kepada pembeli jangan dengar jurujual kereta yang mungkin nak ambik kesempatan terhadap pembeli.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online