Sepuluh orang ditahan iaitu terdiri daripada 8 lelaki dan 2 orang perempuan ditahan polis kerana mengaku pewaris Agong. Apakah motif mereka ini mengaku pewaris Agong. Tambahan pula mereka ditahan di hadapan pagar Istana Negara. Jika hendak mengaku pewaris Agong pun janganlah melakukan perkara sedemikian. Kadang-kadang orang ramai akan bertanya, apakah keistimewaanya kita menjadi pewaris Agong.
Macam-macam hal yang berlaku berkaitan orang Melayu dan Islam ini. Sudahlah ajaran Syiah yang semakin berkembang dan kini timbul pelbagai ajaran yang menunjukkan bangsa Melayu ini sangat mudah dipengaruhi oleh ajaran-ajaran yang sesat. Pewaris Agong kononya sebuah kumpulan yang hebat dan mempunyai nama yang cukup klasik. Penulis juga ingin tahu susur galur pewaris Agong ini kononya datang dari negeri penulis sendiri. Kita tunggu sahaja apa kesudahan pewaris Agong ini. Kalau macam tu, penulis pun boleh mengaku pewaris Agong sebab penulis juga berasal dari negeri yang sama dengan Yang Di-Pertuan Agong sekarang.
Kenyataan akhbar berkaitan 10 orang ditahan akibat mengaku pewaris Agong.
KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang
di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di
sini kira-kira 4 petang hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.
Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.
Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

0 Comments:
Post a Comment