Tuesday, 20 August 2013

Hosni Mubarak Bekas Presiden Mesir Akan Dibebaskan


Menjadi Kebencian Rakyat Mesir
Melihat keadaan Mesir sekarang, amat runcing sekali keadaanya. Ramai rakyat Mesir yang dibunuh tanpa perasaan belas oleh tentera mereka sendiri. Kadang-kadang kita pun hairan melihat tentera Mesir yang sewenang-wenangya membunuh saudara mereka sendiri. Apakah agama mereka berebeza dengan agama saudara mereka. Terbaru, dikhabarkan bekas presiden Mesir iaitu Hosni Mubarak yang mendapat sokongan barat dan Yahudi katanya akan dibebaskan. Inilah manusia yang menjdaikan Mesir sebagai hamba kepada pihak barat dan yahudi daripada dahulu sehinggalah dia ditewaskan satahun yang lalu. Tiba-tiba selepas Dr Morsi digulingkan, dia pula hendak dibebaskan. Hal ini menunjukkan bahawa ada yang tidak kena dengan sistem perundangan di Mesir. harap mereka yang membunuh mendapat bala daripada Allah. 

Kenyataan akhbar mengenai kemungkinan Hosni Mubarak akan dibebaskan:

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak bakal dibebaskan dari penjara tidak lama lagi, selepas pihak pendakwa raya dilaporkan melepaskannya dari pertuduhan kes rasuah. Pendedahan daripada peguam Hosni itu hari ini menimbulkan kejutan terkini di negara yang sedang dalam darurat tersebut.

Negara Arab di benua Afrika itu kini sedang berdepan dengan konflik berdarah berikutan pasukan tentera yang menurunkan kuasa Presiden Mohamed Mursi dari tampuk pentadbirannya pada 3 Julai lalu giat memberi tekanan kepada kelompok Ikhwanul Muslimin.

Hosni, 85, telah ditahan dan didakwa di mahkamah selepas digulingkan pada Februari 2011 iaitu ketika dunia Arab berdepan dengan rentetan kekacauan politik. Hosni dilihat muncul di mahkamah untuk dibicarakan atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pembunuhan para penentangnya. Peguamnya, Fareed el-Deeb, menyatakan bahawa proses perbicaraan kes rasuah tersebut dapat diselesaikan dengan lancar.

"Apa yang tinggal kini hanyalah prosedur pengurusan yang dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam. Dia (Hosni) bakal dibebaskan pada penghujung minggu ini," ujar Fareed. - Reuters
Selamatkanlah bumi Mesir.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online