Thursday, 29 August 2013

Hina Islam Lagi


Seorang pelukis dikatakan telah menghina Islam dengan mengatakan I for Idiot dan ayat Bismillah ditulis terbalik. Penulis hanya memetik kata -kata daripada blog Akarimor . Jika pembaca inginkan kepastian tentang menghina Islam melalui lukisan bolehlah melawat bog beliau. Kita tunggu dan lihat kes ini pula. Apakah pelukis itu benar-benar berniat kerana melihat kepada lukisan yang lain juga tentang agama lain. Sampai kepada agama Islam, dikatakan begitu. Harap perkara ini tidak berlaku kerana masih ramai lagi orang yang baik diluar sana.

Petikan daripada blog Akarimor:


Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online