Wednesday, 7 August 2013

Guna Najis Sapu Muka Untuk Cantik


Seketul najis burung  berharga AS180 ( RM581 ) jika anda sanggup menggunakanya untuk kecantikan. Itulah salah satu kerja gila para pemilik Spa di Amerika yang memperkenalkan rawatan kulit ala Jepun. Tidak mustahil satu hari nanti, manusia akan menggunakan najis binatang lain sebagai kosmetik muka. Biasanya kita menggunakan sabun dan bahan-bahan kimia tertentu untuk mencantikkan kulit muka, tetapi lebih 100 pengunjung setiap bulan akan ke spa ini. Malahan , hari ini sarang burung atau air liur burung yang jadi rebutan orang ramai. Mungkin suatu hari nanti, ada sesuatu daripada lembu , kambing atau binantang lain boleh jadi npenyeri muka.

Baca dalam Harian Metro berkenaan guna tahi untuk cantik.

New York: Najis burung untuk tujuan kecantikan? Itulah yang ditawarkan sebuah spa mewah yang menggunakan rawatan tradisional Jepun kepada sesiapa yang sanggup membayar AS$180 (RM581) untuk seketul najis burung nightingale Asia import.



Setiap bulan, kira-kira 100 wanita dan lelaki mengunjungi salun rawatan kulit Shizuka tidak jauh dari Fifth Avenue di Manhattan bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Pengamalnya mendakwa najis burung itu mampu mengekalkan kelembutan serta kehalusan kulit melalui enzim yang ada pada najis berkenaan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online