Wednesday, 28 August 2013

Guna Bahasa Isyarat Pun Kena Tangkap Polis

 Pelajar Zaman Sekarang Bijak Menggunakan Bahasa Isyarat


Biasanya orang yang bisu sahaja menggunakan bahasa isyarat, namun begitu orang bisu tidak akan ditangkap kerana itulah bahasa mereka. Di Bukit Mertajam , tiga orang lelaki bukan bisu ditangkap kerana menggunakan bahasa isyarat. Apakah bahasa isyarat yang mereka gunakan sehingga mereka ditangkap. Amat malang sekali kerana orang yang menangkap mereka memahami bahasa tersebut. Moralnya di sini, janganlah kita menggunakan bahasa isyarat untuk memaki dan menghentam orang lain kerana bahasa kotor bila diucap dalam bahasa apa sekalipun , masih boleh lagi difahami oleh orang lain. Jadi, berhati-hatilah bila bercakap.

Artikel daripada akhbar kosmo berkenaan menggunakan bahasa isyarat ditangkap:


BUKIT MERTAJAM - Tindakan tiga lelaki yang menunjukkan isyarat lucah dan cuba merempuh kereta peronda polis memakan diri apabila kesemuanya diberkas dalam kejadian di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Juru dekat sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian pukul 6.15 pagi itu berlaku apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Mercedes Benz telah menghimpit kenderaan peronda jenis Mitsubishi Lancer dari arah Plaza Tol Juru ke Sungai Dua. Katanya, kesemua suspek kemudian menunjukkan isyarat lucah beberapa kali ke arah anggota tersebut sebelum dikejar dan diarahkan berhenti.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online