Mummy Zie |
Sebelum berita ini tersebar di akhbar, penulis telah membaca cerita atau kisah penipuan Mama Rock ini di blog saudara Mazidul . Justeru, penulis tidak berasa pelik dengan kes penipuan ini. Jika diimbas kembali kes yang melibatkan perserta umrah dan haji ini sama sahaja dengan ulasan yang ditulis oleh saudara Mazidul dalam blognya. Apa yang pasti kes ini telah lama berlaku dan penulis berasa kasihan melihat ramai peserta yang berkorbar-kobar nak ke tanah suci ditipu oleh emak Zie ini. Jika apa yang didakwa itu benar, makanya si penipu akan menerima balasan yang setimpal terhadap perbuatanya. Mungkin terlepas di dunia, tetapi di akhirat pastinya tidak.
Berikut kenyataan Bernama mengenai penipuan yang dilakukan oleh Mummy Zie;
KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat swasta warganegara Singapura
kerugian sejumlah RM684,951 dan hampir menyebabkan jemaah umrahnya
tidak dapat menunaikan ibadah selepas ditipu seorang wanita yang
menyamar sebagai ejen umrah dan haji.
Jamaluddin Mohammad, 53, yang menyelia tempahan tiket jemaah umrah
dan beroperasi di Johor Baharu itu berkata, wanita terbabit dikenali
sebagai 'Mummy Zie' telah menawarkan pakej umrah kepadanya sebelum
beliau membuat tempahan tiket sebanyak 204 bagi jemaah umrah yang
dijadualkan berangkat pada bulan Mei dan Jun tahun lepas.
Merasakan ditipu, beliau kemudiannya membuat dua laporan polis iaitu
di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 31 Januari lalu dan semalam di
Ibu Pejabat Polis Dearah Petaling Jaya. Jamaluddin berkata, wanita itu telah menyamar sebagai wakil dan
menggunakan nama ejen Mujaddid Travel dalam menjalankan kegiatan
penipuannya itu.
Sebelum ini, media melaporkan wanita yang dikenali sebagai Mummy Zie
atau Mama Rock ini juga pernah menipu hampir 4,5000 ahli Persatuan Ibu
Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling - Bernama.
Baca cerita tentang Mummy Zie atau Mama Rock melalui blog Saudara Mazidulakmal.com
Adakah ini Mama Rock yang diceritakan oleh suadara Mazidul sama yang dilaporkan oleh akhbar ini?
0 Comments:
Post a Comment