Friday, 2 August 2013

Didenda 1 Juta Kerana Kesalahan Lalu Lintas

Berhati Hati Di Jalan Raya
 Kebiasaanya di Malaysia paling tinggi pun bayaran saman lalu lintas untuk sekali kesalahan dalam lingkungan RM300 dan apabila dikumpul mungkin dalam puluhan ribu ringgit sahaja. Tetapi pesalah lalu lintas ini didenda RM884,035 atau 1 Juta Dirham melalui 1500 lebih kesalahan lalu lintas yang dilakukanya. Padanlah dengan kesalahan yang dilakukan. Pesalah tersebut pula seorang wanita. Cuba kita bayangkan, apakah kesalahan yang dilakukanya sehingga sebanyak itu. Kemungkinan ada kesilapan dalam maklumat pesalah sehingga dia didenda sebanyak itu. Namun begitu, kesalahan sejak 2009 hingga sekarang memungkinkan dia disaman 1juta Dirham.

Kenyataan akhbar berkaitan denda sehingga 1 Juta Dirham.

Dubai: Seorang wanita di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 28 tahun, menerima 1,551 saman lalu lintas sejak empat tahun lalu, dan berdepan hukuman denda hampir 1 juta dirham (RM884,035), lapor media.

Laporan didedahkan akhbar tempatan Emarat Al Youm menyatakan, maklumat dikeluarkan Jabtan Polis Peronda dan Lalu Lintas di Ras Al Khaimah, adalah satu rekod mengejutkan. 

Mengikut kertas pertuduhan, denda yang dikenakan bagi kesalahan trafik wanita berkenaan berjumlah 928,000 dirham (RM820,937) dan semakin bertambah sejak 2009 hingga Julai tahun ini. - AGENSI 

Saman Tetap Saman


Oleh itu, kepada semua pembaca yang akan pulang ke kampung atau kemana sahaja. patuhi undang-undang. Nyawa selamat dan duit pun selamat.
 




0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online