Mitos 1: Mengalami peristiwa yang sangat mengejutkan boleh menimbulkan uban
Secara fizikal ini tidak mungkin. Diana Bihova, pembantu profesor klinikal di bidang dermatologi di New York University Medical Center, AS, mengatakan bahawa rambut yang sedia ada tidak akan berubah menjadi uban. Anda mendapatkan uban hanya ketika rambut yang berwarna gugur, lalu digantikan dengan rambut putih dari folikel atau kantung rambut yang sama.
Mitos 2: Rambut boleh kembali ke warna semula meski telah beruban
Ketika folikel rambut mula menghasilkan rambut putih, jarang yagn kemudian menghasilkan rambut seperti semula kembali. Kendatipun demikian ada beberapa kekecualian, kata Dr.Bohiva.
Rambut anda boleh beruban sementara bila mengalami gangguan kelenjar endokrin, kekurangan pemakanan, mengalami kecederaan atau penyakit pada sistem saraf atau mengalami gangguan sistem kekebalan (penyakit autoimun). Kendati demikian, rambut yang sama tidak akan kembali ke warna asal.
Mitos 3: Mencabut sehelai uban akan mendapatkan dua helai sebagai gantinya
Tidak benar sama sekali. Rambut putih anda tumbuh folikel demi folikel. Apabila anda mencabut sehelai uban, rambut itu akan digantkan dengan uban baru dari folikel yang sama. "Anda tidak boleh menghentikan proses ini," kata Dr.Bohiva. "Tapi mencabut rambut putih juga tidak menyebabkan proses bertambah cepat."
0 Comments:
Post a Comment