Setiap orang tentu mempunyai kenangan buruk. Ada kenangan buruk yang baik untuk diterima, ada pula kenangan buruk yang sebaiknya disingkirkan dan dilupakan.
Sebuah kajian menunjukkan bahawa manusia mempunyai memori selektif dan dapat menghapus kenangan buruk. Sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Lund di Sweden, menggunakan scan EEG untuk memantau bahagian otak yang menjadi aktif ketika seorang sukarelawan cuba untuk melupakan sesuatu. Manusia sebenarnya boleh mengetahui masa yang tepat menghapus kenangan buruk secara kekal.
Menurut para penyelidik, menguasai teknik ini dapat berguna bagi orang yang mengalami kemurungan atau gangguan stres pascatrauma. Keadaan di mana ada kenangan trauma yang akan terus tinggal di dalam memori, sehingga mempunyai kesan buruk pada kesihatan mental. Dalam kajian ini, sukarelawan dilatih melupakan maklumat neutral dalam persekitaran makmal terkawal. Latihan ini untuk melupakan peristiwa trauma yang lebih kompleks.
Cara yang paling berkesan sebenarnya adalah memanfaatkan keadaan dengan menekan kenangan buruk yang terjadi, sehingga kita dapat lupa sedikit demi sedikit. Jika kenangan berjaya ditekan ke arah positif, alhasil anda akan benar-benar mampu melupakan kenangan tersebut.
Lantas apa yang sebaiknya dilakukan jika anda merasa terjebak dengan kenangan? Berikut tujuh cara yang boleh anda lakukan.
1. Kertas dan pena. Tulis sesuatu yang anda cintai tentang keluarga, sahabat, kekasih, dan diri anda sendiri. Tulis apa yang anda syukuri dengan kehadiran mereka. Tulis setiap hal baik yang selalu mereka lakukan untuk anda. Selain boleh membantu mengalihkan fikiran, anda juga boleh memberikan tulisan tersebut saat mereka berulang tahun.
2. Cari hiburan. Tidak tahu mencari hiburan di mana? Kunjungi saja You Tube. Percayalah viceoweb yang satu ini takkan pernah membuat anda gagal tertawa. Semua jenis jenaka dan berbagai hal bodoh boleh anda dapati di sini.
3. Memasak. Makanan lazat akan membuat perut kenyang, hati senang. Akan lebih menyenangkan jika anda membuat masakan sendiri. Usaha akan terbayar lunas ketika anda menikmati betapa lezatnya makanan yang anda buat. Apalagi jika ada orang lain yang ikut menikmati masakan anda.
4. Tuntaskan projek. Masih ada projek penting di pejabat yang belum diselesaikan? Segera kerjakan dan tuntaskan. Kerja-kerja pejabat memang melelahkan namun dengan cara ini akan menjadi ubat ampuh untuk melepaskan fikiran anda dari kenangan buruk. Selain itu, boleh jadi anda akan mendapat apresiasi lebih dari atasan kerana menyelesaikan tugas sebelum tarikh akhir.
5. Berkongsi dengan kesayangan. Umumnya haiwan kesayangan mampu membantu melepaskan rasa stres sang pemiliknya. Walaupun tak boleh bercakap, tetapi haiwan tersebut seakan boleh mendengar dan memahami apa yang dirasakan pemiliknya. Jadi, saat kenangan buruk datang, bermainlah dengan haiwan kesayangan anda.
6. Kreasi foto. Kumpulkan foto-foto lucu dan tidak masuk akal bersama teman-teman anda. Kreasikan menjadi sebuah scrapbook atau rangkai dalam sebuah frame. Anda pasti akan senang melihat hasilnya. Pajang di meja kerja dan anda takkan berhenti tersenyum melihatnya.
7. Menari dan menyanyi. Pasang lagu kegemaran, bernyanyi dan menarilah dengan bebas di dalam bilik. Atau ajak teman-teman karaoke bersama. Dijamin selepas itu, hati akan terasa lebih tenang, lega, dan bahagia.
Sumber: Kompas.com
0 Comments:
Post a Comment