Sunday, 28 July 2013

Sebab Gemuk Visanya Ditolak

 
Terlalu Gemuk Sehingga Visa Ditolak.
Seorang lelaki asal Afrika Selatan disebut terlalu gemuk untuk boleh menetap kekal di New Zealand, walaupun dia sudah berjaya menurunkan berat 30 kg sejak berpindah enam tahun lalu.

Albert Buitenhuis, sekarang mempunyai berat 130 kg dan isterinya Marthie kemungkinan akan dihantar pulang kerana lanjutan visa kerja mereka ditolak berkaitan berat badan Albert.

Menurut laporan harian The Press hari Sabtu (27/7/2013), Imigresen New Zealand (INZ) mengatakan, berat badan Albert boleh menjadi beban bagi jasa perkhidmatan kesihatan New Zealand, dan menurut pemeriksaan kesihatan, Albert tidak lagi memenuhi kriteria standard kesihatan yang normal .

Keluarga ini berkata, mereka pindah dari Afrika Selatan ke Christchurch enam tahun lalu, ketika berat badan Albert 160 kg, dan visa kerja mereka diperbaharui setiap tahun tanpa masalah. "Kami melanjutkan dari tahun ke tahun, dan tidak ada masalah. Mereka tidak pernah menyebut soal berat Albert, dan waktu itu beratnya lebih dari sekarang," kata Marthie.

"Ironisnya adalah saat ini, beratnya lebih ringan berbanding ketika kami pertama kali tiba di New Zealand, dan ketika itu visa kami diterima oleh Imigresen," tambahnya.
Seorang jurucakap INZ mengatakan, visa Buitenhuis ditolak kerana berat badannya membuat lelaki ini rawan terkena berbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, gangguan jantung, dan kesulitan tidur (apnea).

"Penting sekali semua pendatang mempunyai standard kesihatan normal guna mengurangkan kos kesihatan yang harus ditanggung oleh negara," kata juru bicara tersebut.

Menurut laporan OECD baru-baru ini, New Zealand berada di peringkat ketiga senarai negara maju yang mempunyai kadar kegemukan tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Mexico.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online