Thursday, 25 July 2013

Jumpa Doktor Kena Maki Babi Bodoh


Mereka Katanya Dimaki Dengan Perkataan Yang Kurang Ajar.
Apabila kita berjumpa doktor sudah tentu kita perlukan rawatan atau kita sakit. Kita bukan saja-saja nak berjumpa doktor. Justeru, cerita beberapa orang pesakit yang dimaki dengan kata-kata kesat oleh seorang doktor di salah sebuah hospital di Pulau Pinang amat memalukan. Jika benar apa yang dikatakan pesakit tersebut, makanya doktor itu perlu disiasat dan meminta maaf. Kita semua belum lagi mendengar penjelasan daripada doktor tersebut. Sebab itulah, kita tidak perlu membuat tanggapan atau andaian sebelum kenyataan daripada doktor dikeluarkan. Apa pun, mendengar rintihan seorang pak cik yang sakit itu, nampak sangat kekesalan beliau sebagai orang tua. Kita dididik supaya menghormati orang tua tidak kiralah siapa dia. Makanya, sisitem pendidikan kita sekali lagi akan dipersalahkan rasanya. Sedikit petikan daripada akhbat tempatan;
Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66. Baca lagi cerita lanjutnya di sini.

Katanya ada 6 orang pesakit yang dikatakan dimaki oleh doktor tersebut. Tidak dinafikan , kadang-kadang tertekan oleh pekerjaan kita membuatkan kita hilang kawalan. Justeru, untuk menjadi pekerja yang berhadapan dengan karenah orang, kita perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Jika kita menghadap robot atau mesin, kemungkinan stress atau tekanan tidaklah seperti menghadap manusia. Kita ingin mendengar perkara ini selesai dengan cepat dan harapan kita agar tidak akan berulang lagi selepas ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online