Ratu Cantik Malaysia |
Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan
penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut
gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini. Sumber: Berita Harian.
Inilah pertandingan yang tak cantiknya. Biarpun mereka cantik, tetapi mereka beragama Islam. Mereka mungkin memahami budaya orang Islam atau Melayu yang sekian lama sudah tidak menyertai pertandingan ratu cantik ini.
Inilah kata-kata bakal peserta ratu yang tak berapa nak cantik itu.
Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia
kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan
ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan
kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya
pakaian sukan,”
Justeru, apakah nasib mereka selepas ini jika masih memasang niat menjadi Ratu Cantik Dunia yang fana ini. Mesti ada suara-suara yang akan membantu mereka kerana ini adalah hak asasi mereka. Kita tunggu dan lihat.
2 Comments:
malu dan iman itu seiring..jika salah satunya tiada..yg satu lagi akan menyusul...
alangkah ceteknya agama kerana berfikir,mendedahkan aurat itu dgn berbikini ja..pakai pakaian sukan..tak mengapa..
Itulah yang tidak betuinya umat manusia zaman sekarang. Keindahan cara Islam itu tidak dilihat, nak juga ikut cara barat.
Post a Comment