Tuesday, 30 July 2013

5 Faedah Minyak Kelapa Untuk Kulit

 
Kita biasa menggunakan minyak kelapa untuk memasak. Namun, pada zaman dahulu, minyak kelapa digunakan untuk melembapkan kulit dan juga rambut. Menurut kompas.com terdapat 5 faedah minyak kelapa kepada kulit.

Minyak kelapa murni sudah dipakai sejak berabad silam. Selain untuk memasak, minyak kelapa sebenarnya boleh dipercayai untuk menjaga kesihatan kulit.

Kira-kira 50 peratus kandungan minyak kelapa terdiri daripada asid laurik yang diketahui mampu menyingkirkan jangkitan bakteria atau kulat.

Asid laurik juga banyak dipakai dalam produk kosmetik kerana meningkatkan ketelapan kulit sehingga bahan-bahan aktif dalam kosmetik boleh menembusi lapisan kulit.

 

Nah, berikut adalah beberapa manfaat minyak kelapa bagi kulit:

1. Melembapkan kulit yang kering dan terengsa.

2. Melembapkan kulit kepala yang kering serta memperbaiki rambut pecah-pecah. Urut secara teratur di kulit kepala setelah keramas.

3. Boleh dipakai sebagai pengganti deodoran kerana kemampuannya sebagai antikulat, caranya sapukan sedikit minyak kelapa di ketiak.

 4. Menguatkan dan menyihatkan kuku. Gunakan sebagai minyak untuk mengurut tangan dan kuku.

5. Oleskan pada jerawat dan biarkan semalaman untuk mengecutkan  jerawat yang disebabkan oleh bakteria.

 Kepada pembaca semua, bolehlah menggunakan minyak kelapa yang sememangnya murah berbanding kosmetik yang lain.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online