Wednesday, 17 July 2013

20 Sebab Restoran Mewah Inggeris Pengotor



Selama ini banyak orang yang enggan makan di warung kaki lima kerana dianggap kurang terjaga kebersihannya. . Disebabkan kekayaan dan status  ,  orang berduit  akan  memilih menjamu selera di restoran mewah dan hasil masakan  chef ternama. Namun, benarkah makanan di restoran mewah dan buatan chef ini dijamin bersih?Imogen Edward Jones, dalam bukunya yang berjudul Restaurant Babylon, mendedahkan bahawa hidangan di restoran mewah dengan chef terkenal belum tentu terjamin kebersihannya. Jones menemubual pemilik restoran mewah, chef, dan sommeliers (Pembelit anggur) untuk mengungkap fakta kebersihan makanan di industri makanan di Inggeris.Beliau lalu memaparkan 20 fakta yang mengejutkan mengenai hal-hal kecil yang dilakukan para pemilik restoran, chef, dan sommelier, yang mungkin saja luput dari perhatian.1. Hidangan di restoran mengandungi air liur chef. "Para chef menggunakan sudu yang sama untuk merasai pelbagai jenis makanan (dan untuk mengacau masakan)," katanya.2. Piza terbuat dari bahan makanan yang paling murah. Namun, mereka menjual pizza dengan harga mahal di restoran.
3. Sayur-sayuran tumis dan sup juga menggunakan bahan-bahan yang murah, tetapi di restoran harganya boleh berkali-kali ganda.4. Bukan sahaja makanan, aneka minuman seperti wine juga dijual dengan harga yang mahal. Bahkan, wine yang paling murah kedua di pasaran pun harga jualnya dinaikkan berkali-kali ganda. Penyebabnya, tentu saja kerana wine paling murah kedua ini banyak ditempah orang.5. Menu istimewa di restoran kadangkala adalah menu yang ringkas dan praktikal. Umpan menu istimewa ini dilakukan untuk mengangkat jualan restoran.6. Restoran mempunyai senarai hitam pelanggan yang tidak mereka sukai.7. Pelayan restoran kadangkala pura-pura sibuk untuk menunda melayani tetamu yang ada.8. Wine yang ditempah kadangkala bukanlah botol anggur yang anda inginkan.
 9. Wine yang jadi menu istimewa pada hari itu dan diletakkan di bawah sorotan lampu (untuk menandakan bahawa itu adalah wine mahal dan tua) adalah wine yang masih terfermentasi selama beberapa bulan, bukan tahun.10. Untuk menjimatkan perbelanjaan, anda biasanya meminta pelayan menuangkan air putih di gelas anda. Ini memang percuma, tetapi sebagai gantinya, mereka menarik keuntungan dari yuran tempahan meja atau dari roti yang terhidang di meja.11. Perempuan biasanya lebih suka menempah menu yang memang direka untuk mereka. Misalnya, menu diet atau menu rendah lemak.12. Untuk alasan yang sama, selalu akan ada menu puding yang boleh dinikmati bersama.13. Semak semula bil anda selepas membayar. Sebab, terkadang restoran memberi extracharge di dalam bil, dan berharap anda tidak menyedarinya.14. Ketika berada di restoran, anda kelihatan seperti boleh duduk di meja yang anda inginkan. Padahal, sebenarnya restoran punya taktik tersendiri dalam menentukan meja bagi pengunjungnya. Salah satu restoran di London bahkan memilih-milih tamunya yang boleh menduduki kerusi di bahagian depan restoran. Tetamu-tetamu VIP dan perempuan cantik diberi lokasi di bahagian depan. Sedangkan tetamu-tetamu asing seperti dari Rusia dan bank-bank Jepun ditempatkan di belakang restoran.15. Tidak cuma restoran mewah dengan Michelin Star (penghargaan untuk restoran yang punya high terbaik) saja yang boleh "menjual" semuanya, restoran bintang tiga ternyata juga 
  sering kali menganggap bahawa mereka boleh memberi charge pada semua hal.16. Satu botol wine yang tidak habis anda minum ternyata dijual lagi keesokan harinya untuk tetamu lain.17. Restoran sangat membenci tempahan melalui e-mel.18. Banyak pelayan restoran di Inggeris yang menggunakan drugs, terutama kokain.19. Kecurian di restoran dianggap biasa.20. Hanya 20 peratus daripada 187,000 chef di Inggeris yang dilahirkan  perempuan.


Adakah restoran mewah di Kuala Lumpur atau Malaysia juga mengamalkan cara yang sama dalam melariskan jualan mereka. Persoalan.....?

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online