Retak Seribu...eh tak retak memanjang!
Dah buang yang lama....7tahun
Hari ini hari yang tidak berpa baik untuk penulis, setelah tujuh tahun menggunakanya tanpa banyak masalah. Tup-tup retak dan terus retak. Mula-mula pendek sahaja retak tersebut, mungkin penulis tidak perasan sehingga keretakan itu terus memanjang. Akhirnya , terpaksalah penulis keluarkan RM dalam 700 lebih-lebih untuk dapatkan yang baru. Retak seribu hatiku....macam lagulah pulak. Tapi ini satu pengalaman kepada penulis. Eh...bukan pertama kali sebenarnya tetapi kali kedua kereta berbeza. Tahun lepas kereta kancil Viva Elite jadi mangsa. Hari ini kereta Citra penulis pula yang menjadi mangsa si batu. Kepada pembaca semua, moral cerita ini mudah sahaja. Jika ambil insurans kereta dan cukai jalan nanti , ambil sekali insurans cermin kereta anda. Harga baru RM150 jika nak dibandingkan RM700 hingga RM 800 nak kena bayar. Jadi fikir-fikirkan lah.
Cermin yang ada dalam kedai...Cermin sakit telah dibuang dan tamatlah riwayat setelah berbakti tujuh tahun dan berasal dari Klang Selangor.
Inilah kedai Doktor Cermin.....cermin kereta sakit boleh datang sini...
0 Comments:
Post a Comment