LARA BAHASAKU
Terkadang keliru hadir
tatkala mula mengenalimu
sejak termaktub dalam lipatan perlembagaan
harapanku moga kau kekaldi atas landasan 152
teratak agungmu dahulu.
Terkadang gelodak risau menjelma
apabila terkenangkan bahasaku
dengan mudah diubah dan dijajah
sedang aku sebagai pewarismu
menggenggam erat tubuhmu
agar kekal wasilah sejarahmu.
Lara bahasaku kian menebal
di sebalik bingkai hati umat Melayu
aku pasti keaslianmu, dibuai ancaman
mahu menghancurkan kemegahanmu
lalu umat Melayu siapkanlah keranda
untukmu sebaik-baiknya
sesudah lara bahasaku
berlabuh sepi di hujung waktu.
Anjugsena Kulim Hi-Tech
Wednesday, 14 March 2012
LARA BAHASAKU
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 08:34
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment