Wednesday 28 March 2012

FARID AMIRUL ATAU SARJAN LIM DIBEBASKAN?


Setelah sekian lama kes ini dibicarakan , akhirnya Farid Amirul dibebaskan daripada mencuri buku. Apa yang baiknya kes ini ialah mencuri buku. Mana ada kes begini yang menariknya dia mencuri buku. Jika mencuri buku , ini menunjukkan bahawa Farid seorang yang suka membaca buku. Setelah dia bebas, bolehlah dijadikan ikon membaca kerana Farid seorang yang gemar membaca.Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah adalah pelakon drama televisyen di Malaysia. Beliau terkenal dengan Sarjan Lim dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan RTM1. Drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini diterbitkan oleh Skop Productions milik pengarah drama Dato Yusof Haslam.


Pada 17 Disember 2009, Mohd Farid dihukum penjara dua bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Kesalahan beliau ialah mencuri dua buah buku di MPH Bookstores, Mid Valley Megamall . Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Farid Amirul. Saksi kes pencurian ini ialah penyiasat dalam MPH, Mohd. Haqib Mohd. Yusof, 18 serta penyelianya, Fadhilah Mohd. Yusuf, 38. Buku itu bernilai RM198.90 pada jam 7.15 malam, 27 Mac 2009. Buku yang dicurinya bertajuk The Sistine Secrets dan Decoding The Heavens. Sumber Wikipedia

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online