Wednesday, 28 March 2012

CURI FIXIE RM480 KENA RM2000


Gara-gara mencuri sebuah basikal bernilai RM480 milik seorang pelajar sekolah, dua sahabat didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Mohammad Hafizuddin Syed Rahillah, 21, dan Wan Mohammad Azimi Wan Azamuddin, 20, selepas mereka mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Kampung Bukit Besar di sini didakwa telah bersama-sama mencuri sebuah basikal jenis Fixie Promax milik seorang pelajar di tempat letak basikal berhadapan sebuah surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara di sini antara pukul 11 pagi hingga 2.15 petang, 18 Mac lepas.

Hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis menyerbu dua buah rumah di Bukit Besar dan berjaya memberkas kedua-dua lelaki itu pada 25 Mac lepas.
Sumber : Kosmo

2 Comments:

Cheqna said...

ohh..mahalnya basikal fixie ye..

in a way, kesian kat budak2 tu..kerana terpengaruh dengan yang terkini mendorong they all ke tahap mencuri.. :-(

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Basikal jadi fenomena sekarang...saya tak teruja pun sebab dari tahun 1 sampai tingkatan 6...asyik kayuh basikal saja ke sekolah....dah tak teruja sangat bab basikal ni...budak-budak macam tu lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online