Saturday, 31 March 2012

5 SEBAB SUAMI BERUBAH KASIH


Mengapakah suami berubah kasih? Di sini penulis petik satu daripada akhbar ;

Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan

Itu merupakan salah satu daripada mengapakah suami berubah hati? bagi penulis majalah seri dewi dan keluarga patut membuat kajian yang terperinci mengenai mengapakah suami berubah kasih? Tajuk yang patut ditulis selepas ini mungkin seperti ini: Mengapakah Isteri Berubah Kasih. Percaya atau tidak, penulis mendapat maklumat daripada rakan yang bekerja dalam hal-hal perceraian ini berlaku disebabkan isteri. Kepada golongan isteri , penulis harap jangan cepat melenting. Rasionalya begini. jika dahulu suami sering dipersalahkan kerana mempunyai kekasih gelap dan lelakilah yang sering dipersalahkan. Tapi hari ini, kita tak akan terkejut jika isteri mempunyai kekasih gelap. Dan reaksi yang si suami harus tahu adalah seperti si isteri menjauhkan diri apabila diajak bersama dan sering membandingkan suami dengan lelaki lain. Malah sampai tahap meminta cerai. Penulis sangat terkejut mendengar kes dimana isteri meminta cerai kerana tidak punya hati lagi sedangkan berkahwin 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Bercerai dalam keadaan tergesa-gesa dan kahwin lain pun dalam keadaan yang sangat pantas. Baca sini kenapa suami berubah kasih

Penulis tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin itu jalan yang terbaik kepada pasangan tersebut. Tetapi tangapan masyarakat , jika berlakunya perceraian mesti disebabkan lelaki harus diubah kerana hari ini isteri juga merupakan salah satu punca yang besar berlakunya perceraian. Hanya pandangan penulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online