Wednesday, 22 February 2012

Sindiket Curi kenderaan Terbesar Tumpas

Nah...betapa banyaknya baranga curi!!

SHAH ALAM 21 Feb. – Satu sindiket yang menjalankan kegiatan curi kenderaan termasuk lori dan kereta tempatan sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya tumpas apabila polis menahan seramai 12 suspek dalam tiga serbuan di negeri ini dan Perak, minggu lalu.

Sindiket curi kenderaan ini yang dipercayai terbesar pernah wujud di negara ini dan mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit. Mereka biasanya akan mencuri kenderaan di tempat letak kereta awam, selain menyamun kenderaan daripada pemiliknya.

Hampir kesemua kenderaan yang dicuri itu biasanya akan dileraikan komponen untuk dijual secara berasingan dan jenayah sindiket itu dilakukan di sebuah gudang terpencil yang terletak di sebuah kawasan persendirian dalam ladang kelapa sawit di Kampung Air Putih, Simpang, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah memberitahu, kejayaan itu bertitik-tolak daripada penangkapan tiga lelaki berusia 22 hingga 33 tahun yang cuba mencuri sebuah lori di belakang sebuah pasar raya di Rawang pada Khamis lalu.

Untuk berita penuh sila baca di sini . Tahniah diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia. Berkemungkinan pergerakan sindiket ini telah diperhati sudah lama. Cuba kita bayangkan, sudah banyak mana sidiket ini mengaut keuntungan dengan mencuri. Kejayaan yang terbesar ini, mungkin ada kaitan dengan sindiket yang membeli barang curi ini. Harap pihak berkuasa mencari dalang dan pembeli barangan curi ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online