Friday, 24 February 2012

SBPA: PENGUMUMAN PENTING 12 MAC?


Perdana Menteri Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Perkara ini sangat ditunggu oleh semua kakitangan awam. Adakah berita ini betul atau tidak kita tunggu dan lihat pada 12 Mac nanti? Harapan agar semua kemelut tentang SBPA ini selesai sebelum pilihanraya ke 13 nanti. Bukan apa, isu ini boleh dijadikan modal untuk berkempen sekiranya tidak memihak kepda sebelah pihak. Justeru, kemelut yang melanda SBPA ini boleh diselesaikan dengan baik. Untuk berita penuh di Sinar Harian seperti berikut;

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan. - Bernama

Terima sahajalah apa yang bakal diumumkan oleh kerajaan nanti. Jika ada sedikit kesilapan, boleh perbaiki di masa hadapan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online