Monday, 6 February 2012

CUACA PANAS FENOMENA BIASA?


Kali ini penulis ingin berkongsi cuaca panas yang melanda utara tanah air. Memang cuaca pada kali ini sangat panas. Mungkin ini fenomena biasa pada awal tahun setiap kali tahun baru. Penulis rasa, beginilah cuaca di utara apabila bulan Januari tahun 2011 yang lalu. Malam yang panjang dan siang yang sangat panas cuacanya. Bukanya apa, aktiviti yang melibatkan kanak-kanak rasanya tidak sesuai dilakukan pada pukul 2.30 petang. Apakah yang meneybabkan fenomena cuaca yang panas ini? Adakah ramalan yang mengatakan 2012 akan berlakunya bencana besar betul-betul berlaku?
Tetapi ini jawapan yang boleh kita terima....dan jawapan klise daripada pakar cuaca.... artikel ini ditulis pada tahun 2010 dan penulis rasa boleh digunakan setiap tahun.


Cuaca panas fenomena biasa, Mac diramal hujan

16/02/2010 1:24pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Cuaca panas yang melanda negara sejak Januari merupakan fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada Mac nanti, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pegawai Ramalannya, Azmi Atan berkata, fenomena ini sering berlaku pada setiap awal tahun tetapi tidak akan menyebabkan kemarau.

Menurut beliau, cuaca begini diramalkan tidak berpanjangan dan dijangkakan hujan semula bermula Mac nanti.

Beliau berkata, mengikut rekod jabatan itu, kawasan “terpanas” yang dikesan ialah daerah Chuping, Perlis yang mencatatkan suhu tertinggi iaitu 36.6 darjah Celcius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius.

Sementara itu Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata penggunaan air di Lembah Klang sepanjang awal tahun ini masih di tahap biasa.

"Secara umumnya rakyat Malaysia merupakan golongan yang paling banyak menggunakan air. Bagaimanapun, kadar penggunaan ketika cuaca panas sejak bulan lalu masih di tahap normal dan jika ada peningkatan pun tidaklah begitu ketara,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini bekalan air Syabas tidak terjejas kerana masih mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung keperluan penduduk Lembah Klang.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan air dengan berhemah dan tidak membazir supaya bekalan air terus mencukupi sekiranya cuaca panas berlanjutan. - Bernama


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online