Pelajar-pelajar ini sepatutnya belajar mencari ilmu untuk masa hadapan mereka. namun sebaliknya berlaku apabila mereka belajar pecah rumah tanpa guru. Mungkin ada guru mereka sehingga mereka tertarik untuk belajar cara-cara pecah rumah. Inilah murid zaman siber yang dikatakan serba canggih. mungkin bukan salah ibu mengandung dan bapa yang mengendong. Tiga orang pelajar ini dan ada berusia 16 tahun ditahan pihak polis kerana pecah rumah bersama-sama aepuluh lelaki yang lain. Apa yang lebih membanggakan ialah mereka menyertai "Geng Kola", mungkin mereka suka kepada air coca cola. Jika ini berlaku , sudah tentu ada lagi remaja di luar sana yang menganggotai kongsi gelap. Justeru , gelaplah masa hadapan mereka. Untuk berita penuh anda boleh ke Sini .
Dan saya petik sedikit berita dari akhbar Sinar Harian ini,4 Februari 2012
Dan saya petik sedikit berita dari akhbar Sinar Harian ini,4 Februari 2012
KANGAR - Tiga pelajar, seorang daripadanya berusia 16 tahun, adalah antara 10 lelaki yang ditahan polis kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kesemua mereka ditahan dalam beberapa operasi dari 13 hingga 21 Feb lepas.
Suspek yang dipercayai anggota 'Geng Kola' berusia antara 16 dan 27 tahun, dengan lima daripadanya diuji positif dadah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
"Kami masih mengesan tiga lagi anggota kumpulan yang masih bebas berumur antara 19 tahun dan lewat 20-an," katanya.
1 Comment:
haishh itu yg dia nak belajar..hish
Post a Comment