Thursday, 16 June 2011

PISTOL DI KEPALA

Untuk semua cikgu-cikgu kat Malaysia...anda sekarang dalam bahaya kerana pistol boleh diacukan ke kepala anda sekiranya anda memukul anak murid anda. Justeru..jangan buat apa-apa sekiranya anda tersangat marah. Sabar....sabar...dan sabar. Kenyataan ini bukan rekaan semata-mata. Perkara ini berlaku di Kuala Lumpur dan hangat dalam akhbar Metro hari ini. Jika betul lah perkara itu..maka kementerian pelajaran harus memikirkan bagaimana untuk melindungi guru-guru daripada ditembak. Jangan bagi pistol atau senapang kepada guru, khuatir nanti ramai anak murid ditembak...sebab tahap kesabaran seorang guru tidak mungkin dapat dibandingkan dengan waris yang mengacukan pistol di kepala cikgu tersebut. Kalau tidak sabar..jangan jadi cikgu. Bagi penulis....siapakah yang mempunyai pistol dan sewenang-wenangnya membawa pistol ke sekolah. Jika difikir-fikirkan semula, perkara ini bagai ingin menunjuk-nunjuk yang ibu bapa sekarang ada pistol dan senjata. Jika marah anak kena pukul..terus tembak cikgu. Ya , bagus ibu bapa zaman sekarang...berbanding ibu bapa zaman dahulu. Entah-entah kalau dulu terjadi perkara sebegini..ramai tokoh guru baru-baru ini sudah mati kena tembak di kepala. Peringatan kepada mereka yang masih belum bergelar guru.....fikir-fikirkanlah selepas ini kalau dapat tawaran jadi guru...jangan terima dahulu..fikir dahulu kena tembak. habis fikir...baru buat keputusan. bagi ibu bapa zaman sekarang...jangan cepat melatah..tidak ada guru yang ingin melihat anak didiknya gagal, jadi orang kurang ajar..tak berguna dan seumpamanya. Berita guru diacu pistol boleh dilihat dalam akhbar Metro...

.
Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya seperti ini...tengok...cikgu gembira melihat anak murid mereka berjaya.

1 Comment:

izzah nasuha cantik dan comel said...

pistol sya kt lubng hidung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online