Apakah kaitan tajuk entri di atas. Ini mungkin tajuk yang sesuai untuk cuti selama dua hari baru-baru ini. Saya berkesempatan ke Ipoh melawat saudara di Ulu Kinta. Orang kata apa? Biras..ya la tu ...tahun ini kali pertama ke Ipoh. Seterusnya , lepas solat Jumaat saya teruskan perjalanan ke Lumut kerana ada lagi biras di sana. Eh..banyak betul biras ni. Haaa...sampai di Lumut sudah tentu pembaca sedia maklum. Mesti ada kaitan dengan tentera laut. Ya , saya dan lima orang penumpang MPV saya perlu serahkan Kad Pengenalan sebelum masuk ke dalam markas tentera Laut Di Raja Malaysia. Aduhai...pertama kali jejak kaki masuk...memang terus nak tukar kerja jadi askar laut. Tapi...baru sehari...kalau dah berhari-hari tengok benda yang sama..tentu bosan. Justeru , tak jadi tukar kerja. Tak apalah ...dapat masuk markas buat sehari dua pun jadilah. Kepada pembaca semua yang belum pernah merasai masuk ke Markas Tentera Laut..silakan buat lawatan...memang terasa lain. Bukan saya tak pernah masuk kem tentera darat di KL sebab abang saya dulupun memang tinggal di Kem Desa Tun Hussin Onn, KL. Memang berbeza suasana dia.
Datuk dan cucu sedang mencari siput.....sedap siput kat siniDalam pada itu , saya berkesempatan ke Marina Island yang katanya baru dibuka. Wah...hebat.Kita ada pilihan lain nak ke Pulau Pangkor selain jeti Lumut kerana jetiMarina Island dah operasi. Saya lihat jeti ini masih dalam perancangan naik taraf. Apa yang pasti , parking kat sini selesa dan kita boleh bersantai. banyak kedai masih belum dibuka. Jom , kita semua ke Marian Island. Kaki pancing boleh cuba , try , test , tengok ikan apa yang ada kat sini.
Sudah puas meronda di Taiping , perjalanan diteruskan ke Bukit Mertajam. Destinasi yang dimaksudkan ialah Mutiara Kristal atau lebih dikenali sebagai Puncak Mutiara. Apa lagi...nak makan la pula kat sini. Perut dah berkeroncong sejak dari Taiping lagi. Pergi dengan harapan menggunung nak makan sedap-sedap. Tapi...harapan tinggal harapan. Servis dan layanan tak seperti tahun lepas. Kepada pembaca yang selalu ke sini pasti dapat rasakan perubahan dalam masakan dan juga layanan. Mungkin ini kali terakhir saya ke sini. Tahun lepas hampir lima kali juga ke sini. Kenapa ? anda datang cuba sendiri. Buah kelapa yang tiada isi pun RM4.50. Bukan komplen pasal harga, tapi kelapa yang kita minta mestilah kelapa muda yang ada isi. Seklai dapat...alamak..macam ni saja. Terus kensel dalam senarai untuk acara makan-makan seterunya di sini. Kepada pembaca semua , jika rasa tempat ini best , cuba lah datang.
Pintu masuk Mutiara Kristal Sungai Pelet BM
4 Comments:
Lain kali kalau nak dtg BM..bgtahu...
Kak Pah
Semalam terlalu kat situ..perut lapar..terus singgah. nanti saya lalu sekali lagi saya bagi tau....
AnjungSena Syok x g Lumut Heheh.Tempat Tanah Tumpah DarahKu Tuu..heheh :D
Kopiah Jo
Seronok...nak pi pula...memancing belum try lagi ..port mana yang best
Post a Comment