Hari ini manusia melihat
piramid masih mampu berdiri teguh
sejarah bayangan warisan Firaun
dan kita tahu manusia biasa itu
mengaku dirinya tuhan
lantaran itu sehingga kini menjadi
bualan dan kebanggaan.
Namun, manusia sering terlupa
mengapa jasad firaun kekal
mengapa piramid kukuh berdiri
adakah untuk manusia berbangga
atau mengenal dosa kemegahan
dengan lambang keajaiban dunia.
Kerana keteguhan Piramid
kerana kewujudan Firaun
seorang hamba mahu menjadi tuhan
melakar simbol kebiadaban manusia
terhadap pencipta-Nya.
Anjung Sena, Sungai Petani.
2 Comments:
nice :)
Linda Musa
Terima Kasih
Anjung Sena
Post a Comment