Entri kali ini ingin merakamkan takziah kepada 5 guru silat di Kedah yang meninggal akibat van terbabas elak langgar lembu besar. Baca lagi tentang kejadian di sini. Kira kejadian ini agak mengejutkan saya yang pernah bersama mereka semasa aktif dalam ilmu persilatan dulu.
Semasa tingkatan 3 sehingga tingkatan 5 , saya sangat aktif dalam dunia persilatan. Biasalah , tinggal di kampung. Apabila terdapat gelanggang silat Gayung Bangau Putih dibuka , saya tak berkesempatan mempelajarinya. Akhirnya saya belajar silat orang kahwin. Agak lucu dan sinis apabila saya mempelajari silat ini. Orang kata " Silat Pulut" atau "Silat Bunga", silat yang tak selasak silat gayung. Alhamdulilllah , dengan silat pulut inilah saya pergi ke serata negeri Kedah untuk memperagakan silat di hadapan pengantin. Jika diimbas kembali , saya pernah bersua muka dengan 5 orang guru silat yang meninggal semalam. Dengan silat pulut inilah , saya menjadi berani untuk bercakap dihadapan orang ramai. Terima kasih kepada tok guru silat saya yang masih lagi ada di kampung.
Sehingga sekarang , jika saya mendengar alunan gendang silat , tangan saya akan menggeletar dan kaki akan terangkat. Entahlah , mungkin semasa bermain silat dulu , saya kadang-kadang belajar memukul gendang silat iaitu gendang ibu , dan gendang anak. Jika suruh saya mainkan gong untuk pertunjukkan silat pun saya boleh ingat dan main.
Apa pun takziah diucapkan kepada keluarga tok guru silat yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Saya pernah berada bersama mereka dan mungkin pernah bersalaman dengan mereka dahulu. Cuma selepas saya bergelar pendidik , saya tinggalkan terus dunia persilatan ini. Sekali lagi takziah dan Alfatihah untuk semua mangsa kemalangan tersebut. Al Fatihah.....
Tuesday, 22 March 2011
PERNAH BERSAMA MEREKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
alfatihah....
Kpah K-poh
Terim kasih atas kunjungan...
Post a Comment