Hari ni sangat panas. Cuaca pun panas dan hati aku juga panas. Ada ka patut kereta kecil molek aku ini dijadikan kertas lukisan. kenapalah budak ini tak diajar mak bapaknya supaya menjaga harta benda orang lain. Kereta comelku ini , hari ini dibawa mem aku ke tempat kerja kerana ada mesyuarat. Beli pun tak sampai setahun lagi . Bulan lima ni baru sambut hari jadi..tup-tup dicontengnya kereta aku ni keliling kereta. Terbakar ....terbakar...... Katanya , ada budak yang dibawa oleh parent ke tempat mesyuarat. Awatlah..yang mak bapak diorang ni tak reti nak ajaq anak supaya jangan merosakkan harta benda orang. Jadi hari ni cukup panas. Dah tentu , tak akan hilang lakaran kat badan kereta aku. Memang .....tak payah cakap kat sini lah. Anda semua tentu tahu perasaan aku kan?.......Kalau anda lagu mana....?
Saturday, 19 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
iakah...memang kita akan naik marah klu harta benda dirosakkan orang apa lagi benda tu masih baru dan ada installmentnya...apalah nasib..memang panas
Liz
Iyolah...kalau dok ingat , masih panas...tapi dah beransur-ansur hilang...sabar-sabar..pujuk hati sendiri...
anjungsena
Post a Comment