Dari segi bahasa bermakna doa, rahmat daripada Allah , memberi berkat dan ibadah.
Dari segi syarak: mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
Kelebihan Berselawat
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
- Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
- Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syaafat Nabi SAW.
- Menjadi benteng sifat munafik dan kafir
- Selamat daripada huru-hara hari kiamat
- Menjadi penyebab hajat , doa dan amalan baik diterima Allah.
- Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
- Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
- Dikasihi oleh nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak.
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat
Marilah kita berselawat kerana banyak kelebihanya.
2 Comments:
"indahnya hidup bersyariat" insyaAllah..akan saya milikinya nanti..
Tulip..
banyak faedah buku tersebut sila dapatkanya.
Post a Comment