Monday, 10 August 2009

GURU BESAR DAN GURU KECIL SAMA-SAMA BUAT HAL

Melihat entri saya di atas , mungkin pembaca akan membuat persepsi mengenai perkara-perkara yang berlaku melibatkan semua guru. Kita dikejutkan dengan kejadian yang berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur bilamana seorang guru mengajar Pendidikan Jasmani dalam stor sukan dengan kemahiran yang pelik dan jelik. Dan, hari ini kita dikejutkan lagi dengan kejadian miang buluh yang terkena guru besar apabila cuba memeluk rebung. Kalau rebung tu muda tak apa lah..ni rebung yang dah nak jadi buluh. Apa pun yang salah , tetap salah. Bagi penulis , banyak kejadian yang mungkin berlaku melibatkan semua guru tidak kiralah guru besar atau guru kecil. Namun demikian, perkara-perkara ini kadang-kadang menjadi sensasi apabila tajuk kejadian terpampang di muka hadapan akhbar terutamanya Harian Metro.

Hal di atas cuma sebahagian daripada perkara yang menjejaskan kredibiliti kaum guru di Malaysia. Bukan salah sistem yang memilih calon untuk menjadi guru. Yang salah adalah individu itu sendiri. Mungkin pembaca mempunyai kisah yang lebih sensasi dan terhangat melibatkan guru di tempat anda ataupun dalam kalangan guru di sekolah anda sendiri. Cuma perkara itu tidak diperbesarkan sehingga menjadi buruan para wartawan.

"Guru Besar dan Guru Kecil" membuat hal adalah perkara biasa. Benar atau tidak konotasi ini menjadi persoalan kepada kita semua. Apa yang pasti perkara-perkara ini menyebabkan institusi pendidikan di Malaysia semakin hari semakin tidak dihormati. Malahan kerjaya sebagai seorang guru tidak lagi dipandang tinggi disebabkan kes-kes sebegini. Oleh itu, penulis menyarankan kepada mereka yang belum lagi menjadi guru dan berkira-kira hendak menjadi guru , fikir-fikirkanlah matlamat anda.Jadi guru yang membina masalah atau guru yang bermasalah. Tepuk dada tanya iman. Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online