i Akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agung, negara dan kerajaan;
ii Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat , bersungguh-sungguh , cekap , jujur, amanah dan bertanggungjawab;
iii Tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi;
iv Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan dengan tugas awam;
v Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;
vi Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri;
vii Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam;
vii Tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam;
dan
ix Tidak akan ingkar perintah atau berkekalan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
p/s: untuk renungan sebagai seorang pendidik.
Wednesday, 6 August 2008
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 12:14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment