Monday, June 19, 2017

Nelayan Temukan Ikan Lumba-Lumba Berkepala Dua

Ikan Lumba-lumba Berkepala Dua
Seekor ikan lumba-lumba  berkepala dua tersangkut jaring oleh kapal nelayan di Laut Utara, Belanda. Ketika diangkat , ikan lumba-lumba  tersebut sudah mati dan para nelayan yang ketakutan kerana telah menjaring haiwan tersebut melemparkannya kembali ke air.

Erwin Kompanje, seorang penyelidik di Natural History Museum dan Erasmus MC University Medical Center di Rotterdam, Belanda, menulis mengenai penemuan haiwan tersebut dalam jurnal Deinsea.

Dia menulis bahawa ikan lumba-lumba  itu  baru lahir, terlihat dari sirip punggung yang masih lembik, pusat yang terbuka, rambut di kawasan hidung, dan bentuk mulut yang seperti paruh. Dengan panjang 70 sentimeter, Kompanje menganggarkan bahawa haiwan tersebut mempunyai berat enam kilogram.

 
Ikan lumba-lumba  tersebut juga mempunyai dua kepala yang sempurna dan satu tubuh yang sempurna dengan dua sirip dada. Penggabungan mulai berlaku pada bahagian perut dan pinggang sehingga haiwan tersebut hanya mempunyai satu kelamin jantan sahaja. Kompanje menulis bahawa ciri-ciri ini menunjukkan haiwan tersebut merupakan kembar siam dan penggabungan terjadi di antara dua embrio yang berkembang dengan baik.

Kompanje juga menulis bahawa kes ini sebenarnya baru pertama kali dalam dunia penyelidikan porpoise dan lumba-lumba. Catatan ilmiah bahkan menganggarkan kemungkinan berlakunya cetacea kembar normal kurang dari satu dalam 200 kerana tubuh ibu yang tidak mempunyai cukup ruang untuk dua janin.

Malangnya, haiwan tersebut langsung dibuang ke air oleh para nelayan sehingga menutup kemungkinan untuk diteliti lebih lanjut.

Penyelidik ini berkata bahawa walaupun punca kematian ikan lumba-lumba  berkepala dua tersebut tidak diketahui dengan pasti, tetapi dengan keadaannya, kemungkinan besar haiwan tersebut tidak boleh berenang. Selain itu, ada dugaan bahawa jantung haiwan tersebut juga menyatu sehingga tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Ditambah dengan tuntutan untuk harus langsung boleh berenang sendiri selepas dilahirkan, kemungkinan bayi porpoise atau lumba-lumba yang kembar siam untuk bertahan hidup sangatlah rendah.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online