Tuesday 23 August 2016

Diet Atkins Membantu Menurunkan Berat Badan?

Becerita mengenai diet atkins membantu menurunkan berat badan menjadi kebiasaan kepada kita. Namun apa yang hendak diceritakan di sini bagaimana kita mampu mendisplinkan diri melalui diet atkins ini. Biasanya kelaut juga kita bila didepan mata pelbagai hidangan makanan disediakan. Oh, pantang bagi pengamal diet atkins ialah nasi. Jadi, nasi sememangnya tak boleh lansung disentuh. Bagaimana penulis sendiri cuba mengamalkan diet atkins ini. Alhamdulillah berjaya melalui tahap diet atkins dengan jayanya. Daripada seluar bersaiz 42 kembali ke 36 dan akan berusaha untuk mencapai saiz 34. Sebenarnya, pada tahap pertama diet atkins, kita perlu berdisiplin. Ketika ini berat badan kita akan menyusut sangat pantas. Setelah tahap pertama selesai, kita boleh ubah suai cara pemakanan kita. Bagi penulis sendiri, kita kena bijak mengubahsuai diet atkins ini. Untuk makluman semua pembaca, penulis sehingga kini tidak lagi minum air manis. Hanya air kosong atau air detoks sahaja. Tetapi kalau teringin nasi kandar tu...agak-agak boleh tak kita makan. Macam saya kata, kita perlu bijak mengurus cara pemakanan kita. Senaman sangat penting, berbasikal  atau berjoging membantu membakar kalori. Ini hanyalah catatan awal tentang penulis yang mengamalkan diet atkins untuk menurunkan berat badan. Kenapa saya hendak kurus dan sihat. Sebabnya, penulis mengalami kenaikan berat badan yang menjejaskan kesihatan apabila meningkat umur 40an. Kurus bukan untuk sesuatu yang lain, tetapi untuk kesihatan diri.
Minuman Ini Dahulu Sentiasa Diminum.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online