Sunday 18 October 2015

Wanita Berjambang Ini Memberi Inspirasi Buat Anda

Seorang wanita muda mengalami keadaan yang menyebabkan rambut dan bulu pada tubuhnya tumbuh dengan lebat, termasuk kemunculan janggut layaknya kaum lelaki. Namun, dia tidak merasa rendah diri dengan keadaan tersebut dan malah menuliskan mesej inspirasi untuk memupuk kepercayaan dirinya yang terkadang malap.

Harnaam Kaur (24) mengalami keadaan yang dinamakan polycystic ovary syndrome (PCOS). Namun, pada akaun Instagram peribadinya, dia menggambarkan dirinya sendiri sebagai seorang aktivis kepercayaan diri, aktivis anti intimidasi, Model bersaiz badan plus, dan wanita cantik berjanggut.

"Saya boleh melihat perjuangan yang kamu hadapi. Saya boleh melihatnya di matamu bahawa kamu merasa tidak mempunyai tempat. Saya merasakannya di jiwamu bahawa kamu berjuang dan memerlukan bimbingan. Kamu gigil saat orang-orang memandangimu. Kamu ketakutan dengan sentuhan orang asing dan kamu melemparkan tubuh tanpa jiwamu ke mana-mana, "tulis Kaur dalam kempen bertajuk #LetterToLittleMe yang dihelat label kosmetik Illamasqua.

Kauer, yang tinggal di London, United Kingdom, telah tampil dalam pelbagai wawancara dan di media sosial tentang perjuangannya menghadapi cemuhan. Dia pun mengalami masalah dengan citra tubuh, berat badan, dan keinginan untuk mengakhiri hidupnya.

Dalam surat untuk dirinya tersebut, Kaur berjanji pada dirinya sendiri bahawa perjuangan dan kesulitan yang dihadapinya tersebut tidak akan terjadi untuk selamanya. Kini, dengan menjadi seorang aktivis, dia belajar untuk menerima keadaan dirinya dan membantu orang lain untuk melakukan perkara sama.

"Kamu akan tumbuh menjadi wanita muda yang menakjubkan yang akan menggoyangkan standard masyarakat normal terhadap ekcantikan. Kamu akan tumbuh menjadi seorang aktivis dan tumbuh dewasa untuk membantu lelaki dan wanita di seluruh dunia. Kecintaanmu terhadap diri sendiri, kecantikanmu, dan kepercayaan dirimu akan membantu memperkasakan masyarakat untuk mencintai dirinya sendiri yang unik, "tulis Kaur.

Menurut laporan National Institute of Health, keadaan PCOS seperti yang dialami Kaur adalah keadaan yang jarang berlaku yang hanya berlaku pada 5 hingga 10 peratus wanita berusia antara 18 hingga 44 tahun. Keadaan ini adalah keadaan di mana wanita mempunyai kadar hormon lelaki yang tinggi dan boleh menyebabkan tidak teratur atau hilangnya kitaran haid, kista pada rahim, serta tumbuhnya rambut dan bulu secara berlebihan.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online