Wednesday 2 October 2013

Saiful Apek Bebas Daripada Tuduhan Dadah


Pelawak terkenal tanah air Saiful Apek dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya tiga tahun lalu.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff bersama tiga pekerjanya dibebaskan setelah pihak Majistret mengesahkan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap pelawak itu. 

Pelakon berusia 44 tahun itu memanjatkan rasa kesyukuran kerana setelah tiga tahun beliau turun naik mahkamah dan akhirnya kini beliau dapat hidup seperti sediakala. Menurut pelawak itu lagi, selepas ini beliau berharap namanya dapat dibersihkan dan beliau tidak menolak yang dirinya telah disabotaj.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online