Tuesday 1 October 2013

Lelaki 2 Isteri Jadikan Anak 16 Tahun Pemuas Nafsu


Inilah kejadian antara yang paling gila pernah penulis baca. Lelaki ini sudahlah mempunyai dua orang isteri sebagai pemuas nafsunya, anakya yang sejak berusia 10 tahun juga dijadikan pemuas nafsu. Bayangkan perasaan anak itu sejak dia berusia 10 tahun hingga 16 tahun dijadikan tempat melepaskan nafsu. habis rosak segala apa yang ada padanya. Habis, anak dijadikan seperti isteri ketiga, makanya anak itu telah menjadi isteri yang tidak sah untuk memuaskan nafsu syaitan. Haieran bin ajaib, nafsu apakah yang ada pada lelaki tersebut sehingga dua isteri masih lagi tidak puas. Nafsu kuda pun tidak seperti itu. Jelas menunjukkan bahawa pengaruh syaitan sangat kuat sehinggakan anak sendiripun hendak dijamah.

Kenyataan akhbar Sinar Harian:

KUALA TERENGGANU - Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online