Tuesday 22 October 2013

Bentuk Tubuh Pengaruhi Hasrat Seks Seorang Lelaki



Bukan hanya perempuan yang memedulikan penampilan mereka di hadapan pasangan , para lelaki pun merasakan hal serupa. Lelaki yang tidak selesa dengan bentuk badannya boleh mempengaruhi hasrat seksualnya .

Dr Pam Spurr , penulis Sexy Tips: A Couple s Guide to Uninhibited Sexual Pleasure , berkata jika lelaki merasa tidak selesa dengan bentuk tubuhnya sendiri, maka ia akan " membiarkan " dirinya untuk mengambil makanan apapun sehingga membuat berat tubuhnya makin meningkat. Kepercayaan diri pun pudar, termasuk saat melakukan aktiviti seksual .

" Tapi kabar baiknya, keadaan seperti itu masih boleh diselamatkan. Cubalah jalan - jalan bersamanya, lakukan hobi yang sama. Selepas anda berjaya membina beberapa aktiviti bersama , maka mulai kendalikan dirinya untuk mengambil makanan yang lebih sihat , "saran Dr Spurr .

Selanjutnya, tingkatkan kepercayaan diri mengenai citra tubuhnya. Mintalah padanya untuk berkongsi semua keluh kesah yang ia hadapi, baik bicara langsung maupun melalui hubungan telefon atau email. Dengan begitu, si dia akan belajar bagaimana membina komunikasi dengan pasangan , dan mengalihkan emosinya termasuk mencegahnya "melarikan " diri pada makanan.

Berkaitan kehidupan seks pasangan berkahwin , tetaplah berbicara dengannya. Katakan padanya anda akan lebih senang dengan aktiviti foreplay daripada seks penetratif penuh. Hubungan seks yang bahagia adalah apabila anda memahami keperluan masing- masing dan bersedia untuk memberi serta menerima.

Begitu dia sedikit lebih aktif , makan menjadi lebih baik, dan lebih banyak terbuka bercakap dengan anda, aktiviti seksnya pun mungkin akan meningkat. Tapi jika dia masih tertekan , ia mungkin memerlukan rawatan yang lebih lanjut dengan tenaga ahli .

Sumber: Kompas.Com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online