Monday 2 September 2013

Bekas Anggota Tentera Udara Rupanya Ketua Geng 36 batu Gajah


Polis Perak hari ini mengesahkan bahawa bekas anggota Tentera Udara yang ditembak mati semalammerupakan ketua kongsi gelap 36 kawasan Batu Gajah , Perak. Terungkai misteri siapa dan kenapa dia ditembak. Namun begitu, manusia tidak boleh mengambil undang-undang di tangan mereka. Jika undang-undang di tangan kita, sudah tentu ramai manusia lain yang menjadi mangsa tembakan. Pihak polis masih menyaisat perkara ini. Justeru, kita tidak perlulah membuat sebarang spekulasi terhadap cerita-cerita ini.

Kenyataan akhbar Berita Harian:

IPOH: Polis Perak mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, di sini pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 yang berebut kawasan.

"Pergaduhan juga dipercayai berebut kawasan pengedaran dadah," katanya.


Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online