Sunday 1 September 2013

5 Khasiat Madu Kepada Manusia


Jika anda mencari sesuatu yang manis dan berkhasiat, carilah madu. Sekarang, pelbagai jenis madu ada di pasaran. Cuma anda yang berkahwin, jangan silap memilih madu kerana kaum wanita tidak menggemari madu. Walau apa pun, madu itu penuh khasiat. Mari kita cuba dan baca artikel di bawah.


Artikel dipetik dari kompas.com:

Meski mengandungi kadar gula yang tinggi, namun madu mempunyai pelbagai khasiat positif bagi kesihatan. Baru-baru ini kajian mengungkap manfaat madu untuk meredakan batuk balita di malam hari.

Selain meredakan batuk dan membuat tidur lebih tenang, berikut adalah beberapa khasiat madu yang menganggumkan.



1. antibiotik oles
 
Kajian menunjukkan beberapa penyakit kulit, seperti luka bakar, tercalar, hingga bekas jahitan operasi, memberikan respon pada "terapi madu" yang dioleskan di bahagian luka. Kandungan alami madu berupa hidrogen perioksida yang dihasilkan dari enzim lebah diduga bekerja seperti antibiotik alami sehingga punya daya menyembuhkan.


2. mengurangkan gatal
 
Kandungan anti-inflamasi dalam madu terbukti membantu mengurangkan rasa gatal dan iritasi akibat gigitan nyamuk.
 

3. Meningkatkan kekebalan tubuh
 
Madu sangat kaya akan polifenol, jenis antioksidan yang membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas, yang boleh mencetuskan penyakit kanser dan penyakit jantung.
 

4. Meredakan gangguan pencernaan
 
Dalam kajian tahun 2006 yang diterbitkan dalam BMC Complementary and Alternative Medicine, para penyelidik menyimpulkan bahawa menukar gula dengan madu dalam makanan yang diproses akan meningkatkan mikroflora dalam usus. Tetapi kajian itu baru dilakukan pada tikus makmal.
 

5. merawat jerawat
 
Menurut kajian awal, madu jenis Manuka dan kanuka efektif mengatasi jerawat vulgaris, yakni gangguan kulit yang disebabkan oleh keradangan dan jangkitan folikel pilosebaceous di wajah, punggung, atau dada.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online