Thursday 22 August 2013

Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw Cikgu AF 2013


Akademi Fantasia 2013 akan bermula tidak lama lagi. Kontroversi pengacara mungkin sudah berakhir. Dan kali ini, tenaga pengajarnya pula telah diwar-warkan. Antara yang dikatakan akan menjadi tenaga pengajar ialah Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Nampak pada tenaga pengajar sangat hebat dan kita semua ingin melihat kehebatan anak muridnya pula. Bukan senang sebenarnya untuk menjadi cikgu sebenarnya. Apa kata selepas ini, kita lihat pula siapa yang akan menjadi selebriti segera dalam rancangan ini.

Kenyataan akhbar mengenai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2013.


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza akan bergandingan dengan Faizal Tahir dan Melly Goeslaw sebagai tenaga pengajar program Akademi Fantasia (AF) 2013. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kehadiran tiga bintang ternama itu sebagai pencetus inspirasi kepada para peserta kelak. 

"Program kali ini berbeza kerana tidak ada seorang pengetua yang akan membantu dan membimbing para pelajar. "Sebaliknya kali ini kami menggunakan istilah pengilham yang mana tiga bintang utama itu akan membimbing yang dimulai oleh Faizal untuk konsert tiga minggu pertama, seterusnya Melly dan akhir sekali Siti Nurhaliza," katanya ketika sidang akhbar AF 2013 di sini, hari ini. 

Lain-lain tenaga pengajar yang akan memberi khidmat kepada para peserta adalah Shafizawati Sharif sebagai guru vokal, Alam Wakaka dan Suhaili sebagai koreografer serta Fizz Fairuz sebagai guru seni persembahan.

Sementara itu, seramai 24 orang peserta bakal diperkenalkan dalam tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini sebelum Konsert Prelude Top 12 pada 7 September yang bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di Astro Ria. - UTUSAN ONLINE

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online