Friday 16 August 2013

Pemilik Resort Bakal Dihukum Gantung


Seorang pemilik resort berdepan hukuman gantung sampai mati ekoran kesalahan mengedar dadah jenis heroin 4 Ogos yang lalu. Kes ini amat berat kerana melibatkan dadah dan negara Malaysia undang-undangya sangat berat jika mengenai dadah. Tertuduh dikatakan mengedar dadah di tepi pantai Melawi Bachok. Sabit kesalahan, sudah tentu leer berada di tali gantung.

Kenyataan akhbar mengenai pemilik resort berdepan hukuman gantung:

KOTA BHARU - Seorang pemilik resort sebuah pulau di Terengganu berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 15 gram heroin, 4 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengedar dadah berkenaan di tepi kawasan Pantai Melawi, Bachok, pada jam 6 petang.

Ahmad Najab Ab Kadir, 32, dari Kampung Aur Telong, Bachok, dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Mad Zukri di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Dalam perkembangan sama, tertuduh juga mengaku tidak bersalah didakwa memiliki 13 gram dadah jenis eramin 5 pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Ketika serbuan itu, tertuduh juga gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan.

Tertuduh tidak dibenarkan jamin. Tarikh 10 Oktober depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Pengajaranya: Janganlah mengedar atau terlibat secara langsung dengan dadah.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online