Monday 12 August 2013

Kisah Benar: Perompak Yang Baik Hati


Perompak Yang Baik Hati
Kebiasaanya nama perompak sudah tentu jahat. Tetapi perompak ini dikatakan baik hati apabila meninggalkan sebahagian wang yang dirompaknya. Bukan sedikit malahan jutaan ringgit. Perompak ini hanya mengambil sedikit sahaja wang tersebut. Makanya dia digelar perompak yang baik hati. Ada juga perompak yang baik hati di dunia ini.

Kenyataan Akhbar Metro mengenai perompak yang baik hati.

Tabuk: Seorang pengurus sebuah syarikat di Arab Saudi terkejut apabila mendapati seorang perompak hanya melarikan wang berjumlah SR28,000 daripada beg berisi wang tunai sebanyak SR2 juta (RM1.66 juta).

Apabila kembali ke keretanya yang diletakkan di depan sebuah pusat membeli-belah, pengurus berkenaan mendapati cermin kenderaannya itu dipecah dan beg berisi wang tunai itu terbuka.
Dia terkejut apabila mendapati perompak itu hanya melarikan wang SR28,000 (RM23,520) dan meninggalkan baki wang itu dalam beg berkenaan.

“Meskipun kecewa, pengurus itu tetap gembira kerana sebahagian besar wangnya terselamat,” lapor akhbar Okaz.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online