Saturday 17 August 2013

Ibu Rotan Anak Sampai Masuk ICU


Seorang ibu merotan anaknya sehingga masuk ICU. Inilah kenyataanya menjadi seorang ibu kepada anak. Itu baru seorang yang nakal. Cuba pembaca bayangkan jika dia menjadi seorang guru yang perlu menjaga 40 orang dalam satu kelas. Sudah tentu dia akan gila. Senang cerita, ibu ini disyaki mendera anaknya sehingga mendatangkan kecederaan parah. Masakan tidak sehingga masuk wad ICU, biarpun karenah nakal budak, mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza.

Kenyataan akhbar anak dirotan hingga masuk ICU.

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota tubuh dan kepala disyaki akibat didera ibu di rumah mereka di Mengelembu di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ibu mangsa dipercayai merotan mangsa kerana kanak-kanak terbabit nakal dan tidak mendengar nasihat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 


Menurutnya, laporan awal diterima daripada doktor yang bertugas merawat mangsa di HRPB sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.


"Kami menerima laporan dibuat oleh doktor yang merawat mangsa. Dia memberitahu mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala disyaki akibat penderaan.


"Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan dan menahan ibu bapa kanak-kanak itu di rumahnya di Taman Wang, Menglembu pada jam 1.30 petang tadi.


“Ibu mangsa yang ditahan berusia 30 manakala bapa mangsa berusia 39 tahun," katanya.


Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dera.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online