Saturday 31 August 2013

Air Sudah Mula Menggangu Kehidupan Penduduk Lembah Klang


Kejadian tumpahan minyak telah menyebabkan air mengalami pencemaran. Justeru, air telah menjadi satu igauan ngeri kepada penduduk sekitar Lembah Klang. Mungkin bagi sesetengah orang tiada air tidak mengapa. Tetapi, bagi penduduk yang berjuta di Lembah Klang tiada elektrik lebih tak apa, jangan tiada air. Bagi penduduk Lembah Klang, harap anda bersabar. Mungkin ini ujian menyambut hari kemerdekaan kali ke 56. Katanya, pihak Syabas sedang berusaha menangani masalah ini. Harap akan selesai secepat yang boleh kerana air adalah satu keperluan hidup. Boleh bergaduh jika berebut air. 

Kenyataan akhbar mengenai air mula menggangu kehidupan warga Lembah Klang:



SHAH ALAM - Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak semalam kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor.

Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Seorang juruwang sebuah restoran ketika ditemui di sini pagi ini berkata, bekalan air sudah mula tiada sejak semalam dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.

Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata ketiadaan air itu juga telah memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang mungkin. 

Sementara itu, seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Chai berkata, beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini. Beliau berkata, beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air. 

"Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti yang banyak. Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini kerana tidak memerlukan banyak air," katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang, Roszita Mohd Tauhid berkata, bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam tadi. 

"Air tiada dari malam tadi dan sejak pukul 4 petang semalam bekalan air mula perlahan.Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam tadi," ujarnya.Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada hari ini. - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online