Friday 16 August 2013

7 Pengajaran Dapat Diambil Daripada Cerita Superhero


Cerita Superhero yangmenjadi bualan biasanya datang dari negara barat. Antaranya ialah Super Man, Bat Man, Spider Man, dan lain-lain lagi. Melalui cerita tersebut, kita dapat mengambil iktibar mengenai perwatakan atau jalan cerita filem super hero tersebut.

Meski berkekuatan super, pada dasarnya semua superhero tetaplah manusia biasa. Bahkan Superman pun, meski lahir di Planet Krypton, punya kisah tersendiri di dunia. Yang lebih penting, dalam setiap kisah superhero yang terkesan tidak nyata ini, sebenarnya ada nilai-nilai positif yang boleh diambil.  Tujuh di antaranya:

1. Kita semua punya alter ego

Clark Kent juga Superman, Peter Parker adalah Spiderman, sementara Bruce Wayne adalah Batman. Setiap superhero punya alter ego, sisi lain dari diri mereka yang keluar bergantung kepada situasi dan keadaan tertentu. Kita pun demikian. Boleh berfikir, merasa, dan bertindak berbeza sesuai dengan situasi dan keadaan yang dihadapi. Tentu kita akan berbeza apabila berhadapan dengan bos di tempat kerja, dan dengan kekasih saat menikmati makan malam. Tampil maksimal sesuai dengan situasi tertentu akan memberikan manfaat.



2. Kita adalah apa yang kita pakai
 

Kostum sejumlah superhero yang superketat atau berbeza bentuknya, pada dasarnya memberi pemahaman bahawa apa yang kita pakai menentukan identiti kita sendiri. Busana yang kita kenakan juga turut menentukan bagaimana orang lain bersikap. Jika tampil atraktif, maka interaksi dengan orang lain akan sangat mudah menjadi lebih hangat dan menyenangkan. Jadi pilih busana (pakaian) dengan bijak.

3. Kita semua berbeza

Kisah The X-Men atau The Avengers memberi gambaran bahawa setiap orang boleh saja berbeza, namun unik dengan kelebihan masing-masing. Tidak hanya berbeza kerana sifat-sifat tetapi juga kerana kemampuannya. Beda pula keperibadian baik dari minat, bakat, hingga motivasi. Yang utama kemudian adalah bagaimana memanfaatkan keunikan itu untuk tujuan yang positif.




 

4. Tampil berbeza dengan kelebihan

Berbeza dalam hal ini bukan bererti merasa eksklusif, tetapi bagaimana memanfaatkan kelebihan itu untuk perkara yang positif. Seperti superhero yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain. Caranya, temukan keunikan atau kelebihan yang anda miliki, dan arahkan untuk hal yang positif. Akan lebih baik jika digunakan untuk kegiatan yang bermanfaat bagi orang banyak.


 

5. Momen pahit jadi pelajaran bermanfaat

Bruce Wayne punya masa pahit dengan ayahnya, begitu juga Peter Parker dengan kematian bapa saudaranya. Namun dari situlah kejiwaan mereka terbangun dengan baik. Setiap diri kita pastinya punya satu masa pahit yang dilalui, dan kadang menghantui. Yang baik adalah berani menghadapinya dan melewati dengan baik. Selalu ada nilai positif dari setiap kejadian yang dialami, termasuk yang pahit atau menyakitkan sekalipun.


6. Sekuat apapun, hidup pasti ada masalah

Superman, Thor, dan Professor X, dengan kekuatan yang maha dahsyat yang dimiliki, bukan bererti membuat hidup mereka nyaman-nyaman saja. Begitu juga kita. Hidup tidak mudah, namun bukan berarti tidak boleh dihadapi. Serumit apapun masalah, pasti ada jalan keluarnya. Asalkan terus cuba mencari penyelesaian dan bangkit lagi dan lagi. Kemampuan menghadapi masa sukar dan melepas beban adalah kemampuan yang setiap orang boleh miliki.


 

7. Hadapi ketakutan

Apa ketakutan terbesar yang pernah anda alami? Hadapi saja. Kerana terus-terusan mengelak dan berlari dari rasa takut tidak akan menyelesaikan persoalan. Setiap superhero menghadapi musuh jahat dengan mempelajari hal-hal baru. Sekurang-kurangnya kita pun boleh demikian. 
Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online