Friday, July 12, 2013

Menghina Ramadan

         Inilah kata-kata Alvin dan Vivian yang satu ketika dahulu menggemparkan dengan aksi seks mereka. kali ini bila tiba Ramadan dan umat Islam berpuasa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seperti ini pula. Jika hendak baca lebih lanjut sila ke sini. Penulis terbaca artikel mereka ini melalui blog Mazidul Akmal Sidek. Jika pembaca ingin mengetahui lebih lanjut ulasan yang dibuat oleh abang Mazidul sila ke sini.

Ini gambarnya dan kata-kata mereka.

       Nampaknya Bak Kut Teh tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan umat Islam di Malaysia kerana statusnya yang tidak Halal. Oleh sebab itu, kami telah mengubahsuai poster berbuka puasa kami untuk memaparkan elemen-elemen juadah yang lebih tradisional dan digemari ramai. Kami meminta maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia dengan perbuatan kami yang kurang sensitif.

Salam 1Malaysia!


-Sahabatmu, Alvin dan Vivian

Inikah yang dikatakan menghormati antara satu sama lain. Walaupun berbeza agama dan budaya, menghormati hak orang lain lebih penting daripada mencari publisiti murahan. Penulis percaya, di luar sana masih ramai bangsa lain yang menghormati rakan-rakan mereka yang beragama Islam. Tetapi tidak kepada mereka berdua ini. 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online